BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 28, 2009

TUGASAN KELAS

10 sebab kenapa guru perlu melakukan kajian tindakan:-

1. Guru menjadi lebih peka dan prihatin dengan masalah di dalam kelas.
2. Guru dapat memahami masalah yang dihadapi pelajar semas proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Guru dapat mengenalpasti masalah dan mencari alternatif yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.
4. Guru dapat mengurangkan masalah sosial pelajar dengan membantu pelajar yang menghadapi masalah.
5. Kajian boleh dijadikan rujukan oleh guru-guru yang lain.
6. Memberi pendedahan terhadap masalah yang dihadapi pelajar sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
7. Guru dapat menambahkan pengetahuan dengan melakukan kajian dan penyelidikan.
8. Guru dapat meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan dengan melakukan penambahbaikan
9. Guru dapat memupuk sikap kerjasama di antara guru-guru dalam menyelesaikan masalah.
10. Guru dapat menjadi lebih kreatif dalam mencari teknik untuk menyelesaikan masalah.