BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 5 : TUGASAN 1 & TUGASAN 4

TUGASAN 1
MENGAPA guru NOVIS perlu melakukan kajian tindakan?

Guru novis perlu melakukan kajian tindakan kerana:
Guru novis adalah guru yang masih baru dalam bidang pendidikan, kajian tindakan perlu dilakukan oleh guru-guru novis kerana melalui kajian tersebut mereka boleh mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar, suasana dalam kelas, malah pengurusan dan pentadbiran sistem sekolah itu sendiri.
Hasil daripada kajian tindakan yang dibuat, guru-guru khususnya guru novis itu sendiri dapat membuat perancangan huraian mata pelajaran yang akan disampaikan dengan lebih berkesan berdasarkan keperluan pelajar yang akan diajar. Perancangan adalah salah satu daripada item penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini jelas kerana, tanpa perancangan seorang guru akan gagal menyampaikan pengajarannya.

Seorang guru novis perlu melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah adalah untuk menambahkan pengetahuan dan melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu amalan. Sebagai individu baru dalam bidang pendidikan, guru-guru novis ini seharusnya sentiasa melakukan kajian tindakan untuk menambahkan pengetahuan mereka dan juga menambahbaikkan amalan-amalan yang telah dilakukan oleh guru-guru sebelum ini sebagai penambahbaikkan dalam institusi pendidikan Negara.

Berdasarkan kajian-kajian tindakan yang dilakukan juga boleh dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan mereka jalankan kelak. Hal ini jelas, kerana daripada hasil-hasil kajian yang dibuat, mereka boleh mengenal pasti item-item yang sesuai diikuti daripada guru-guru berpengalaman dan yang mana yang perlu dibaiki.Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.

TUGASAN 4
Bincangkan dengan ahli kumpulan mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?

Hasil daripada perbincangan yang dibuat, kami sekumpulan telah sepakat untuuk memilih tajuk mini kajian yang bertajuk seperti yang berikut :

"Kaedah Pembelajaran Kontekstual Melalui Gambar Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran"

Tajuk ini telah dipilih kerana difikirkan : (Persoalan kajian)

Gambar merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang mampu membantu guru untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar dengan pengajaran yang disampaikan.
Ramai pelajar kini apabila guru bertanya sama ada mereka sudah faham atau tidak pengajaran yang sampaikan, mereka akan menjawab bahawa mereka telah faham tapi sejauh mana tahap kefahaman mereka tidak dapat diperjelaskan. Oleh itu, melalui gambar guru dapat menguji tahap kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan tahap pemahaman mereka.

0 comments: