BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

Buku : Doing Action Research In your Own Organization.
Pengarang : Teresa Brannick & David Coghlan



Kajian tindakan

Kajian tindakan merupakan sesuatu langkah penambahbaikan dalam bidang yang dikaji melibatkan langkah-langkah yang tertentu seperti kenal pasti masalah,mengumpul data,mentafsir data, melakukan tindakan,menilai tindakan dan mengulangi langkah di nyatakan.


Ciri-Ciri Kajian Tindakan
1. Merupakan kajian dalam masa yang sama melakukan tindakan,dan bukan merupakan kajian mengenai tindakan yang dilakukan. Pengkaji melakukan kajian dengan sampel yang mengalami masalah secara langsung.Contohnya pelajar mengantuk di sekolah,guru mencari inisiatif untuk melakukan kajian terhadap pelajar tersebut.

2. Ahli dalam berada dalam kajian (pelajar) perlu aktif dalam proses kajian tindakan yang dijalankan. Contohnya pelajar perlu melibatkan diri dan bertindak balas secara aktif sepanjang kajian dijalankan.

3. Melakukan tindakan secara serentak ketika menjalankan kajian tindakan. Contohnya ketika guru mengajar guru menggunakan pelbagai kaedah sepanjang kajian untuk mencari kaedah yang paling efektif dan mengaplikasikannya di dalam kelas.

4. Mencari cara atau kaedah untuk menyelesaikan masalah terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan secara sistematik. Contohnya, apabila hendak melakukan suatu kajian, pengkaji perlu melakukan mengikut turutan.


Mengapa guru melakukan Kajian Tindakan?
Kajian Tindakan dilakukan apabila:-
1. Terdapat permasalahan yang timbul dalam kelas yang melibatkan pelajar.

2. Terdapat suatu penambahbaikan yang dapat dilakukan untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran.


Siapa yang terlibat dalam Kajian Tindakan?
1. Pengkaji ( guru)

2. Sampel yang dikaji ( pekerja)


Dimana Kajian Tindakan dilakukan?
1. Di dalam organisasi besar seperti syarikat korporat.

2. Di dalam organisasi kecil seperti kelas dan sekolah.


Bagaimana Kajian Tindakan dilakukan?
Kajian tindakan dilakukan dengan melalui langkah-pra dan 4 proses asas iaitu:-

Langkah-pra kajian
Langkah ini adalah untuk mengenalpasti apakah tujuan kajian tindakan ini dilakukan. Adakah kajian ini akan memberi manfaat terhadap suatu sektor atau bahagian atau sesetengah pihak serta apakah faktor-faktor yang menginginkan kajian dilakukan.


4 Langkah Asas

1. Mendiagnosis
Mengenalpasti apakah masalah yang ingin dikaji dengan melibatkan pihak pengkaji dan pihak yang dikaji.

2. Merancang tindakan
Merancang dan mengenalpasti reka bentuk kajian yang ingin digunakan dalam suatu kajian.

3. Melakukan tindakan
Melakukan tindakan seperti yang telah dirancang dengan melibatkan pihak yang dikaji secara aktif.

4. Menilai tindakan
Hasil tindakan dinilai samada terdapat keputusan yang dijangka atau tidak dijangka. Antara perkara yang dinilai ialah

  • jika diagnosis awal adalah tepat
  • jika tindakan yang dilakukan adalah tepat
  • jika tindakan dilakukan dengan cara yang betul
  • apa yang sesuai dimasukkan untuk diagnosis, rancangan dan tindakan selanjutnya

0 comments: