BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 11, 2009

AKTIVITI 1 : TUGASAN 1

Buku 1 : Doing Action Research In your Own Organization.

Buku 2 : Teaching As Learning (An Action Research Approach)



Individu : -
Kajian tindakan merupakan penglibatan , proses demokratik yang berkaitan dengan pembangunan pengetahuan praktikal bagi memenuhi keperluan manusia berdasarkan pada pandangan dunia partisipatif. Kajian tindakan dilakukan untuk menyelesaikan masalah. Kajian tindakan merupakan proses yang berterusan melibatkan pengesanan masalah, perancangan,pengumpulan data,mengambil tindakan dan memerhatikan keputusan tindakan yang dilakukan bagi perancangan tindakan selanjutnya.



Kumpulan:-
Konsep kajian tindakan berdasarkan buku Teaching As Learning (An Action Research Approach) adalah merupakan sesuatu langkah penambahbaikan dalam bidang yang dikaji melibatkan langkah-langkah yang tertentu seperti kenal pasti masalah,mengumpul data,mentafsir data, melakukan tindakan, menilai tindakan dan mengulangi langkah di nyatakan. Kajian tindakan dilakukan secara berterusan.


Ciri-Ciri Kajian Tindakan Berdasarkan buku Doing Action Research In your Own Organization.
Terdapat 4 ciri-ciri kajian tindakan iaitu:


1. Merupakan kajian dalam masa yang sama melakukan tindakan,dan bukan merupakan kajian mengenai tindakan yang dilakukan. Pengkaji melakukan kajian dengan sampel yang mengalami masalah secara langsung. Contohnya pelajar mengantuk di sekolah,guru mencari inisiatif untuk melakukan kajian terhadap pelajar tersebut.


2. Ahli dalam berada dalam kajian (pelajar) perlu aktif dalam proses kajian tindakan yang dijalankan. Contohnya pelajar perlu melibatkan diri dan bertindak balas secara aktif sepanjang kajian dijalankan.


3. Melakukan tindakan secara serentak ketika menjalankan kajian tindakan. Contohnya ketika guru mengajar guru menggunakan pelbagai kaedah sepanjang kajian untuk mencari kaedah yang paling efektif dan mengaplikasikannya di dalam kelas.


4. Mencari cara atau kaedah untuk menyelesaikan masalah terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan secara sistematik. Contohnya, apabila hendak melakukan suatu kajian, pengkaji perlu melakukan mengikut turutan.




Buku : DOING ACTION RESEARCH IN YOUR OWN ORGANIZATION
Bagaimana Melakukan KT


1. Mengenalpasti masalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman
Mencari tujuan untuk melakukan kajian tindakan melalui objektif yang hendak dicapai.


2. Merancang
Mencari jalan penyelesaian bagi memenuhi kehendak dan keperluan.


3. Mengambil tindakan
Melaksanakan dan intervensi kepada perancangan.


4. Menilai tindakan yang diambil
Jika kitaran pertama tidak berjaya, kitaran kedua dilakukan dengan penambahbaikan kepada kitaran yang pertama. Kitaran ini akan diteruskan sehingga dapat satu jalan penyelesaian yang memenuhi keperluan.




Buku : TEACHING AS LEARNING : AN ACTION RESEARCH APPROACH
Menurut pengkaji, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan iaitu seperti:


•Mengenal pasti perkara yang ingin dilakukan penambahbaikan.


•Memikirkan penyelesaian bagi masalah tersebut.


•Melaksanakan penyelesaian


•Menilai penyelesaian yang telah dibuat


•Mengubahsuai pendapat dan praktikal untuk mendapat penyelesaian yang baik.

0 comments: