BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 5 : TUGASAN 1 & TUGASAN 4

TUGASAN 1
MENGAPA guru NOVIS perlu melakukan kajian tindakan?

Guru novis perlu melakukan kajian tindakan kerana:
Guru novis adalah guru yang masih baru dalam bidang pendidikan, kajian tindakan perlu dilakukan oleh guru-guru novis kerana melalui kajian tersebut mereka boleh mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar, suasana dalam kelas, malah pengurusan dan pentadbiran sistem sekolah itu sendiri.
Hasil daripada kajian tindakan yang dibuat, guru-guru khususnya guru novis itu sendiri dapat membuat perancangan huraian mata pelajaran yang akan disampaikan dengan lebih berkesan berdasarkan keperluan pelajar yang akan diajar. Perancangan adalah salah satu daripada item penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini jelas kerana, tanpa perancangan seorang guru akan gagal menyampaikan pengajarannya.

Seorang guru novis perlu melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah adalah untuk menambahkan pengetahuan dan melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu amalan. Sebagai individu baru dalam bidang pendidikan, guru-guru novis ini seharusnya sentiasa melakukan kajian tindakan untuk menambahkan pengetahuan mereka dan juga menambahbaikkan amalan-amalan yang telah dilakukan oleh guru-guru sebelum ini sebagai penambahbaikkan dalam institusi pendidikan Negara.

Berdasarkan kajian-kajian tindakan yang dilakukan juga boleh dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan mereka jalankan kelak. Hal ini jelas, kerana daripada hasil-hasil kajian yang dibuat, mereka boleh mengenal pasti item-item yang sesuai diikuti daripada guru-guru berpengalaman dan yang mana yang perlu dibaiki.Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.

TUGASAN 4
Bincangkan dengan ahli kumpulan mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?

Hasil daripada perbincangan yang dibuat, kami sekumpulan telah sepakat untuuk memilih tajuk mini kajian yang bertajuk seperti yang berikut :

"Kaedah Pembelajaran Kontekstual Melalui Gambar Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran"

Tajuk ini telah dipilih kerana difikirkan : (Persoalan kajian)

Gambar merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang mampu membantu guru untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar dengan pengajaran yang disampaikan.
Ramai pelajar kini apabila guru bertanya sama ada mereka sudah faham atau tidak pengajaran yang sampaikan, mereka akan menjawab bahawa mereka telah faham tapi sejauh mana tahap kefahaman mereka tidak dapat diperjelaskan. Oleh itu, melalui gambar guru dapat menguji tahap kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan tahap pemahaman mereka.

AKTIVITI 4 : TUGASAN 4

Berdasarkan perbincangan di antara ahli kumpulan, kami telah sepakat untuk memilih tajuk berikut untuk dijadikan mini kajian tindakan kumpulan kami. Tajuk yang telah dipilih adalah seperti yang berikut:-

"Kaedah Pembelajaran Kontekstual Menggunakan Gambar Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran"

Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 2 : TUGASAN 2

Journal 1
Tajuk: The impact of Learning Style on Interactivity in Asynchoronous e-Learning
by Katica Roy

Permasalahan kajian
Melihat keberkesanan cara pembelajaran interaksi yang berkesan terhadap pelajar dan keperluan pembelajaran secara e-learning secara interaktif. Pengkaji menumpukan kepada penyampaian maklumat dan bertanya kepada pelajar apa yang boleh dilakukan dengan maklumat yang diberikan secara intraktif untuk melihat kemampuan pelajar.Mencabar pelajar dengan memberikan mereka kajian kes dan 3 soalan kajian kes.

Journal 2
Tajuk : Participatory Action Research: Creating an effective prevention curriculum for adoloscentsin the Southwestern US by M.N. Gosin, P.A. Dustman, A.E. Drapeau & M.L. Harthun.

Permasalahan kajian
Kajian ini tentang bagaimana komponen kaedah PAR digunakan untuk mereka satu kurikulum Drug Resistance Strategies (DRS) untuk pelbagai populasi remaja di US.

Journal 3
Tajuk : Using Action Research to develop Preservice Teachers Confidence,knowledge and beliefs about technology by Mary Lundeberg.

Permasalahan kajian
Kajian dilakukan bagi melihat kesan penggunaan teknologi kepada guru baru bagi meningkatkan keyakinan,pengetahuan dan kepercayaan.

Journal 4
Tajuk : Action Research in Language Teacher Education by Christine Thorne & Wang Qiang

Permasalahan kajian
Kajian ini tentang penerapan dan pembangunan projek asas kajian tindakan untuk program Sino-British MA dalam program Inggeris di Universiti Normal Beijing.

Journal 5
Tajuk: Who is Conducting Teacher Research? byDebbie L.Hahs-Vaughn, (Uni. Of Central Florida)

Permasalah kajian
Pengkaji dalam jurnal ini mebuat kajian tindakan untuk mengkaji faktor yang mendorong guru terlibat dalam penyelidikan/kajian tindakan.
Terdapat 3 model yang ditunjukan dalam kajian tersebit, iaitu:· Model 1 - Melihat hubungan antara perwatakan guru dan penyelidikan kolaborasi· Model 2 - Kesan pesekitaran sekolah terhadap perwatakan guru untuk model 1 Model 3 - Melihat penyertaan dari golongan jabatan professional dan bagaimana faktor ini memberi kesan yang besar terhadap penyertaan guru dalam membuat penyelidikan.
Hasil daripada kajian tindakan yang dibuat, pengkaji mendapati guru hari ini perlu lebih dari sekadar pemberi maklumat untuk keberkesanan dalam mengawal pelajar. Guru perlu memastikan apa yang diajar membawa kesan positif terhadap pelajar.Kelebihan mengajar di sekolah persendirian , mengajar di kawasan Bandar, dan mendapat sokongan dari pihak sekolah meningkatkan penglibatan guru dalam bidang penyelidikan.

Journal 6
Tajuk : Teacher research: Challenging Our Assumptions. by Lori I. Robins, Gisela Villagomez, Derek Dockter, Elizabeth Christopher,Christine Ortiz, Cynthia Passmore, and Martin H. Smith

Permasalah kajian
Menguji pemahaman pelajar kelas kimia di sekolah tinggi tentang hukum gas. (mereka gagal menguasai pengajaran tersebut/terhad).
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Tinggi, California
Data yang diperolehi dan dikumpulkan melalui pertanyaan berhubung dengan pemahaman mereka tentang hukum-hukum gas, tinjiauan ketika pelajar menjalankan eksperimen dan ketika ujian berlangsung. Hasil-hasil daripada eksperimen dikumpulkan di akhir kajian.Data dianalisis secara kuantitatif.
Hasil daripada kajian tersebut, pengkaji mendapati faktor utama pelajar-pelajar kurang memahami hukum gas dalam pengajaran adalah disebabkan oleh mereka lemah dalam penguasaan algebra yang memperlihatkan pemahaman hukum gas.

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

Buku : Doing Action Research In your Own Organization.
Pengarang : Teresa Brannick & David Coghlan



Kajian tindakan

Kajian tindakan merupakan sesuatu langkah penambahbaikan dalam bidang yang dikaji melibatkan langkah-langkah yang tertentu seperti kenal pasti masalah,mengumpul data,mentafsir data, melakukan tindakan,menilai tindakan dan mengulangi langkah di nyatakan.


Ciri-Ciri Kajian Tindakan
1. Merupakan kajian dalam masa yang sama melakukan tindakan,dan bukan merupakan kajian mengenai tindakan yang dilakukan. Pengkaji melakukan kajian dengan sampel yang mengalami masalah secara langsung.Contohnya pelajar mengantuk di sekolah,guru mencari inisiatif untuk melakukan kajian terhadap pelajar tersebut.

2. Ahli dalam berada dalam kajian (pelajar) perlu aktif dalam proses kajian tindakan yang dijalankan. Contohnya pelajar perlu melibatkan diri dan bertindak balas secara aktif sepanjang kajian dijalankan.

3. Melakukan tindakan secara serentak ketika menjalankan kajian tindakan. Contohnya ketika guru mengajar guru menggunakan pelbagai kaedah sepanjang kajian untuk mencari kaedah yang paling efektif dan mengaplikasikannya di dalam kelas.

4. Mencari cara atau kaedah untuk menyelesaikan masalah terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan secara sistematik. Contohnya, apabila hendak melakukan suatu kajian, pengkaji perlu melakukan mengikut turutan.


Mengapa guru melakukan Kajian Tindakan?
Kajian Tindakan dilakukan apabila:-
1. Terdapat permasalahan yang timbul dalam kelas yang melibatkan pelajar.

2. Terdapat suatu penambahbaikan yang dapat dilakukan untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran.


Siapa yang terlibat dalam Kajian Tindakan?
1. Pengkaji ( guru)

2. Sampel yang dikaji ( pekerja)


Dimana Kajian Tindakan dilakukan?
1. Di dalam organisasi besar seperti syarikat korporat.

2. Di dalam organisasi kecil seperti kelas dan sekolah.


Bagaimana Kajian Tindakan dilakukan?
Kajian tindakan dilakukan dengan melalui langkah-pra dan 4 proses asas iaitu:-

Langkah-pra kajian
Langkah ini adalah untuk mengenalpasti apakah tujuan kajian tindakan ini dilakukan. Adakah kajian ini akan memberi manfaat terhadap suatu sektor atau bahagian atau sesetengah pihak serta apakah faktor-faktor yang menginginkan kajian dilakukan.


4 Langkah Asas

1. Mendiagnosis
Mengenalpasti apakah masalah yang ingin dikaji dengan melibatkan pihak pengkaji dan pihak yang dikaji.

2. Merancang tindakan
Merancang dan mengenalpasti reka bentuk kajian yang ingin digunakan dalam suatu kajian.

3. Melakukan tindakan
Melakukan tindakan seperti yang telah dirancang dengan melibatkan pihak yang dikaji secara aktif.

4. Menilai tindakan
Hasil tindakan dinilai samada terdapat keputusan yang dijangka atau tidak dijangka. Antara perkara yang dinilai ialah

  • jika diagnosis awal adalah tepat
  • jika tindakan yang dilakukan adalah tepat
  • jika tindakan dilakukan dengan cara yang betul
  • apa yang sesuai dimasukkan untuk diagnosis, rancangan dan tindakan selanjutnya

Friday, November 6, 2009

TUGASAN 3 : ULASAN KOLOKIUM

PEMBENTANGAN KOLOKIUM 1

Tajuk Kajian : Meningkatkan Minat Dan Kefahaman Pelajar Dalam Subjek Pendidikan Islam Terutamanya Bahagian Ibadah Menggunakan Kaedah Simulasi
Oleh: Aisyatulasyiqah Mohamad

Pernyataan Masalah : Adakah penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam subjek Pendidikan Islam?

Metodologi : Pengkaji menggunakan carta Kemmis & McTaggart. Kajian dijalankan ke atas 29 orang pelajar Tingkatan 1 Marikh yang majoritinya memperoleh markah tinggi dalam subjek Pendidikan Islam. Kajian dilakukan selama 2 minggu. Guru menggunakan kaedah simulasi ketika mengajar topik cara menyucikan najis. Guru menunjukkan cara menyucikan najis dihadapan kelas dan melibatkan pelajar dalam aktiviti yang dilakukan. Setelah aktiviti yang dilakukan pelajar, guru memberikan kuiz secara lisan.

Pengumpulan Data : Pengumpulan data ialah secara pemerhatian, temubual tidak berstruktur(kualitatif) , soal jawab dan kuiz.

Penganalisisan Data : Data dianalisis daripada hasil pemerhatian dan temubual.

Implikasi Kajian : Kaedah ini menarik minat pelajar dan membaiki isi pengajaran.

Hasil Kajian : Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar suka dan lebih berminat apabila guru menunjukkan cara atau praktikal di hadapan mereka berbanding penerangan sahaja.