Buku 1 : Doing Action Research In your Own Organization.
Buku 2 : Teaching As Learning (An Action Research Approach)
Individu : -
Kajian tindakan merupakan penglibatan , proses demokratik yang berkaitan dengan pembangunan pengetahuan praktikal bagi memenuhi keperluan manusia berdasarkan pada pandangan dunia partisipatif. Kajian tindakan dilakukan untuk menyelesaikan masalah. Kajian tindakan merupakan proses yang berterusan melibatkan pengesanan masalah, perancangan,pengumpulan data,mengambil tindakan dan memerhatikan keputusan tindakan yang dilakukan bagi perancangan tindakan selanjutnya.
Kumpulan:-
Konsep kajian tindakan berdasarkan buku Teaching As Learning (An Action Research Approach) adalah merupakan sesuatu langkah penambahbaikan dalam bidang yang dikaji melibatkan langkah-langkah yang tertentu seperti kenal pasti masalah,mengumpul data,mentafsir data, melakukan tindakan, menilai tindakan dan mengulangi langkah di nyatakan. Kajian tindakan dilakukan secara berterusan.
Ciri-Ciri Kajian Tindakan Berdasarkan buku Doing Action Research In your Own Organization.
Terdapat 4 ciri-ciri kajian tindakan iaitu:
1. Merupakan kajian dalam masa yang sama melakukan tindakan,dan bukan merupakan kajian mengenai tindakan yang dilakukan. Pengkaji melakukan kajian dengan sampel yang mengalami masalah secara langsung. Contohnya pelajar mengantuk di sekolah,guru mencari inisiatif untuk melakukan kajian terhadap pelajar tersebut.
2. Ahli dalam berada dalam kajian (pelajar) perlu aktif dalam proses kajian tindakan yang dijalankan. Contohnya pelajar perlu melibatkan diri dan bertindak balas secara aktif sepanjang kajian dijalankan.
3. Melakukan tindakan secara serentak ketika menjalankan kajian tindakan. Contohnya ketika guru mengajar guru menggunakan pelbagai kaedah sepanjang kajian untuk mencari kaedah yang paling efektif dan mengaplikasikannya di dalam kelas.
4. Mencari cara atau kaedah untuk menyelesaikan masalah terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan secara sistematik. Contohnya, apabila hendak melakukan suatu kajian, pengkaji perlu melakukan mengikut turutan.
Buku : DOING ACTION RESEARCH IN YOUR OWN ORGANIZATION
Bagaimana Melakukan KT
1. Mengenalpasti masalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman
Mencari tujuan untuk melakukan kajian tindakan melalui objektif yang hendak dicapai.
2. Merancang
Mencari jalan penyelesaian bagi memenuhi kehendak dan keperluan.
3. Mengambil tindakan
Melaksanakan dan intervensi kepada perancangan.
4. Menilai tindakan yang diambil
Jika kitaran pertama tidak berjaya, kitaran kedua dilakukan dengan penambahbaikan kepada kitaran yang pertama. Kitaran ini akan diteruskan sehingga dapat satu jalan penyelesaian yang memenuhi keperluan.
Buku : TEACHING AS LEARNING : AN ACTION RESEARCH APPROACH
Menurut pengkaji, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan iaitu seperti:
•Mengenal pasti perkara yang ingin dilakukan penambahbaikan.
•Memikirkan penyelesaian bagi masalah tersebut.
•Melaksanakan penyelesaian
•Menilai penyelesaian yang telah dibuat
•Mengubahsuai pendapat dan praktikal untuk mendapat penyelesaian yang baik.
Friday, December 11, 2009
AKTIVITI 1 : TUGASAN 1
Posted by Aishah Ibrahim at 8:08 PM 0 comments
Friday, December 4, 2009
AKTIVITI 12
Pernyataan masalah:
Melalui pemerhatian dan kajian lepas didapati pemahaman dan pengetahuan dikalangan pelajar berkeperluan khas mengenai topik-topik tertentu kurang memuaskan. Disebabkan itu, kami menggunakan kaedah pembelajaran kontekstual dengan bantuan gambar bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mereka serta menguji kesesuaian kaedah yang digunakan dalam proses P&P.
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat penambahbaikan yang dapat dilakukan melalui kaedah pembelajaran kontekstual menggunakan gambar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Objektif :
1. Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam topik-topik yang sukar difahami.
2. Membantu pelajar memahami isi pengajaran melalui kaedah pembelajaran kontekstual dengan bantuan gambar.
Posted by Aishah Ibrahim at 6:04 PM 0 comments
AKTIVITI 10 : TUGASAN 1
Melalui buku yang kami baca iaitu Doing Action Research In Your Own Organization, cara yang digunakan untuk mengenalpasti masalah ialah dengan mendiagnosis isu yang timbul yang di mana ia memerlukan perancangan dan tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan isu yang timbul. Ini dapat dilakukan melalui pemerhatian.
Posted by Aishah Ibrahim at 6:02 PM 0 comments
AKTIVITI 3: TUGASAN 3
PEMBENTANGAN KOLOKIUM 1
Tajuk Kajian : Meningkatkan Minat Dan Kefahaman Pelajar Dalam Subjek Pendidikan Islam Terutamanya Bahagian Ibadah Menggunakan Kaedah Simulasi
Oleh: Aisyatulasyiqah Mohamad
Pernyataan Masalah : Adakah penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam subjek Pendidikan Islam?
Metodologi : Pengkaji menggunakan carta Kemmis & McTaggart. Kajian dijalankan ke atas 29 orang pelajar Tingkatan 1 Marikh yang majoritinya memperoleh markah tinggi dalam subjek Pendidikan Islam. Kajian dilakukan selama 2 minggu. Guru menggunakan kaedah simulasi ketika mengajar topik cara menyucikan najis. Guru menunjukkan cara menyucikan najis dihadapan kelas dan melibatkan pelajar dalam aktiviti yang dilakukan. Setelah aktiviti yang dilakukan pelajar, guru memberikan kuiz secara lisan.
Pengumpulan Data : Pengumpulan data ialah secara pemerhatian, temubual tidak berstruktur(kualitatif) , soal jawab dan kuiz.
Penganalisisan Data : Data dianalisis daripada hasil pemerhatian dan temubual.
Implikasi Kajian : Kaedah ini menarik minat pelajar dan membaiki isi pengajaran.
Hasil Kajian : Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar suka dan lebih berminat apabila guru menunjukkan cara atau praktikal di hadapan mereka berbanding penerangan sahaja.
PEMBENTANGAN KOLOKIUM 2
Tajuk Kajian : Meningkatkan Prestasi Pelajar Tingkatan SMK Sungai Manggis Untuk Menguasai Topik Matapelajaran Pendidikan Islam, Sains dan Biologi Melalui Teknik Peta Minda.
Oleh: Ainul Yaqin Abdullah, Nurul Huda Mahmud Taridi, Nur Faizah Azizan.
Pernyataan Masalah : Adakah kaedah peta minda dapat meningkatkan tahap memori pelajar?
Metodologi : Kajian dilakukan di SMK Sungai Manggis dan sampel kajian merupakan pelajar Tingkatan 4. Sampel terdiri daripada 20 orang pelajar Pendidikan Islam, 20 orang pelajar Sains dan 20 orang pelajar Biologi. Metodologi dimulakan dengan membuat tinjauan isu dan masalah berdasarkan markah ujian bulanan pelajar. Pelajar tidak dapat mengingati fakta dan terminologi kerana teknik pembelajaran tidak berkesan. guru memperkenalkan teknik peta minda dan meminta pelajar melakukannya secara individu. Guru memantau pelajar melakukan peta minda dan memberikan bimbingan.
Pengumpulan Data : Pengumpulan data melalui markah ujian formatif.
Penganalisisan Data : Data dianalisis menggunakan jadual perbezaan markah antara ujian bulanan sebelum guru memperkenalkan teknik peta minda dan ujian bulanan selepas memperkenalkan teknik itu. Data dipapar dalam bentuk carta bar.
Implikasi Kajian : Pelajar dapat mengingati banyak fakta dan terminologi serta memahami konsep pengajaran guru berdasarkan peta minda. Selain itu, ia juga meningkatkan kreativiti pelajar dalam mencipta peta minda yang dapat menariknya untuk membaca.
Hasil Kajian : Penggunaan peta minda memberi impak positif kepada pelajar tetapi ia tidak menunjukkan banyak perbezaan bagi matapelajaran Biologi.
Posted by Aishah Ibrahim at 5:55 PM 0 comments
TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL
JURNAL 1
Tajuk: Participatory Action Research: Creating an effective prevention curriculum for adoloscents in the Southwestern US by M.N. Gosin, P.A. Dustman, A.E. Drapeau & M.L. Harthun.
Permasalahan kajian
Kajian ini tentang bagaimana komponen kaedah PAR digunakan untuk mereka satu kurikulum Drug Resistance Strategies (DRS) untuk pelbagai populasi remaja di US
Sampel Kajian
Pelajar dari Gred 7 dan 8. Hampir 5000 pelajar yang terdiri dari pelbagai populasi di US.
Metodologi Kajian
Guru mengajar kurikulum yang telah disepadukan dengan DRS.
Tiga ujian dilakukan mengikut budaya remaja di US.
Guru dan pelajar diminta membuat penilaian.
Mencipta siri Booster seperti membuat aktiviti sosial, mencipta logo dan mereka laman web untuk program DRS.
Penganalisisan Data
Data dianalisis dari penilaian guru dan pelajar menggunakan borang kaji selidik.
Hasil Kajian
Pelajar yang mendapat pencegahan menunjukkan penurunan penggunaan dadah dan alkohol berbanding pelajar yang tidak mendapat pencegahan.
Implikasi Kajian
Kajian menunjukkan operasi PAR yang melibatkan pengkaji dan komuniti berjaya dalam mengurangkan masalah dadah ini.
JURNAL 2
Tajuk : Action Research in Language Teacher Education by Christine Thorne & Wang Qiang
Permasalahan Kajian
Kajian ini tentang penerapan dan pembangunan projek asas kajian tindakan untuk program Sino-British MA dalam program Inggeris di Universiti Normal Beijing.
Guru pelatih di Universiti Normal Beijing.
Metodologi Kajian
Kajian dilakukan selama dua sem.
Sem 1 terbahagi kepada 4 langkah iaitu sesi pengenalan masalah, penyiasatan awal, cadangan penyelesaian masalah dan pengumpulan data.
Sem 2 diisi dengan melakukan pengukuhan program secara sepenuhnya.
Penganalisisan Data
Rakaman video dan perbincangan
Soalan kaji selidik
Diari guru pelatih
Hasil Kajian
Meningkatkan kepekaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Peningkatan dalam kemahiran membuat penyelidikan di kelas.
Meningkatkan kepekaan dan sensitiviti terhadap situasi dalam kelas.
Aktiviti kelas yang lebih bervariasi.
Implikasi Kajian
Kebanyakan guru pelatih yang terlibat berminat untuk meneruskan kajian tindakan dan diberi penilaian tinggi oleh pelajar mereka.
Posted by Aishah Ibrahim at 10:24 AM 0 comments
AKTIVITI 8 : TUGASAN 4
Posted by Aishah Ibrahim at 4:48 AM 0 comments
AKTIVITI 7 : TUGASAN 4
Posted by Aishah Ibrahim at 3:41 AM 0 comments
AKTIVITI 6 : TUGASAN 4
Posted by Aishah Ibrahim at 3:39 AM 0 comments