BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 3: TUGASAN 3

PEMBENTANGAN KOLOKIUM 1

Tajuk Kajian : Meningkatkan Minat Dan Kefahaman Pelajar Dalam Subjek Pendidikan Islam Terutamanya Bahagian Ibadah Menggunakan Kaedah Simulasi

Oleh: Aisyatulasyiqah Mohamad

Pernyataan Masalah : Adakah penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam subjek Pendidikan Islam?

Metodologi : Pengkaji menggunakan carta Kemmis & McTaggart. Kajian dijalankan ke atas 29 orang pelajar Tingkatan 1 Marikh yang majoritinya memperoleh markah tinggi dalam subjek Pendidikan Islam. Kajian dilakukan selama 2 minggu. Guru menggunakan kaedah simulasi ketika mengajar topik cara menyucikan najis. Guru menunjukkan cara menyucikan najis dihadapan kelas dan melibatkan pelajar dalam aktiviti yang dilakukan. Setelah aktiviti yang dilakukan pelajar, guru memberikan kuiz secara lisan.

Pengumpulan Data : Pengumpulan data ialah secara pemerhatian, temubual tidak berstruktur(kualitatif) , soal jawab dan kuiz.

Penganalisisan Data : Data dianalisis daripada hasil pemerhatian dan temubual.

Implikasi Kajian : Kaedah ini menarik minat pelajar dan membaiki isi pengajaran.

Hasil Kajian : Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar suka dan lebih berminat apabila guru menunjukkan cara atau praktikal di hadapan mereka berbanding penerangan sahaja.

PEMBENTANGAN KOLOKIUM 2

Tajuk Kajian : Meningkatkan Prestasi Pelajar Tingkatan SMK Sungai Manggis Untuk Menguasai Topik Matapelajaran Pendidikan Islam, Sains dan Biologi Melalui Teknik Peta Minda.

Oleh: Ainul Yaqin Abdullah, Nurul Huda Mahmud Taridi, Nur Faizah Azizan.

Pernyataan Masalah : Adakah kaedah peta minda dapat meningkatkan tahap memori pelajar?

Metodologi : Kajian dilakukan di SMK Sungai Manggis dan sampel kajian merupakan pelajar Tingkatan 4. Sampel terdiri daripada 20 orang pelajar Pendidikan Islam, 20 orang pelajar Sains dan 20 orang pelajar Biologi. Metodologi dimulakan dengan membuat tinjauan isu dan masalah berdasarkan markah ujian bulanan pelajar. Pelajar tidak dapat mengingati fakta dan terminologi kerana teknik pembelajaran tidak berkesan. guru memperkenalkan teknik peta minda dan meminta pelajar melakukannya secara individu. Guru memantau pelajar melakukan peta minda dan memberikan bimbingan.

Pengumpulan Data : Pengumpulan data melalui markah ujian formatif.

Penganalisisan Data : Data dianalisis menggunakan jadual perbezaan markah antara ujian bulanan sebelum guru memperkenalkan teknik peta minda dan ujian bulanan selepas memperkenalkan teknik itu. Data dipapar dalam bentuk carta bar.

Implikasi Kajian : Pelajar dapat mengingati banyak fakta dan terminologi serta memahami konsep pengajaran guru berdasarkan peta minda. Selain itu, ia juga meningkatkan kreativiti pelajar dalam mencipta peta minda yang dapat menariknya untuk membaca.

Hasil Kajian : Penggunaan peta minda memberi impak positif kepada pelajar tetapi ia tidak menunjukkan banyak perbezaan bagi matapelajaran Biologi.

0 comments: